Places of Interest - Paris
Read previous post on Lost in Paris
Sememangnya bandaraya Paris sebuah bandar metropolitan yang romantis. Bandar metro ini memang lain dari yang lain. Sering kita mendengar rungutan bahawa penduduknya (the french!) kebanyakannya angkuh atau sombong terutama sekali bila kita bertanya mereka dalam bahasa English dan bukannya French. Sungai Seine yang melintasi di tengah tengah bandar metro ini sememangnya unik. Selain daripada aktiviti perkhidmatan bot atau feri pelancong yang dilengkapi dengan restoran bergerak yang memenuhi ruangan River Seine, banyak pergembaraan sedang giat dilakukan berlatarblakangkan sungai ini.
River Seine yang bersih dan tumpuan para pelancong.
Saya dan 3 gadis dr Quangdong China memulakan langkah untuk aktiviti lawatan sendiri di setiap pelusuk Paris memandangkan jam baru menunjukkan tepat 12 noon. Kesemua kami akan bertemu di bawah mercutanda Eiffel Tower tepat jam 7 mlm untuk berpiknik serta makan malam, sebelum balik ke tapak perkhemahan.
Dengan geng yang baru ditemui, berbekalkan sebuah peta dan coretan beberapa perkataan English-French kami membuat keputusan untuk berjalan kaki melawati tempat tempat menarik di Paris. Pertama sekali kami ke arah Avenue des Champs Elysees. Kedua dua belah jalan di Champs De E'lysee merupakan pusat tempat membeli belah dengan gedung gedung rumah fashion terkenal dunia seperti Chanel, Armani, Zara, DKNY, FCUK, dan sewaktunya kesemuanya terletak disini. Les Champs Elysees avenue is a 2km (1mi) long, 70m (235ft) wide stretch and is an ideal place for evening walks shopping and relishing the food at overpriced restaurants.At Christmas this is where the fairy lights go, and on December 31 everyone happily jams in, in their cars, to hoot in the New Year.Sesetengah gedung tidak boleh dimasuki sesuka hati jak. Seseorang perlu menunjukkan credit card emas sebelum memasukinya. Pelancong atau orang awam juga tidak dibenarkan berdiri berteduh atau berbual bual panjang di depan gedung ini. Di kawasan ini juga dipenuhi restoran restoran bertaraf bintang bintang samada secara indoor (beraircon) dan di luar kedai. Lazimnya dari segi harga customer yang minum/makan di luar kedai membayar 2-3 kali ganda dengan yang makan/minum di indoor.
Di persekitaran des Champ Elysees ini kelihatan dari jauh keunggulan sebuah lagi mercutanda Paris - Arc De Triomphe, sebuah tugu tanda kemenangan dan keagungan Napolean Bonaparte menakluki negara negara di Eropah dan Parsi di zaman silam dahulukala.
Arc De Triomphe. Mercutanda ini sering digunakan dalam iklan DUNHILL dahulukala yang memberi erti KEUNGGULAN!
Saya berada di persekitaran des Champs de Elysees. Di penghunjung jalan sana tersergam indah de Triomphe. The Arc De Triomphe arch was built in memory of Napoléon's Great Army at the top of the Champs-Elysées in 1730 and inaugurated in 1836. It offers a panoramic view, with a museum linked to the monument history.To get a closer look at the Arc de Triomphe, you can take an underpass on the Champs-Elysees or Avenue de la Grande Armee that leads you to the center of the plaza.
Kami seterusnya melawat beberapa lagu buah bangunan yang antara lainnya bangunan teater, art gallery dan yang paling kerap dilawati Palais De La Concorde, sebuah istana atau palace zaman dulu dulu. Kini de la Concorde merupakan sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang di Paris.
Dihadapan Palais (place) de la Concorde.
Seterusnya kami melawati Musee De Lurve (the Lurve Museum) yang mempunyai keluasan 4 penjuru bangunan termasuk 2 tingkat di bawah tanah. Museum ini merupakan sebuah museum yang terbesar pernah saya lawati dengan koleksinya antara terbesar du dunia. Menurut pemandu muzium ini, sekiranya seseorang mengambil masa seminit (1 minute) meneliti dan membaca penjelasan setiap lukisan mahupun sculpture, ianya akan mengambil masa 9 bulan (60 minit x 270 = 17,400). Oleh kerana terlalu lama berjalan dan masa melihat keseluruhan lukisan kami bergegas ke bahagian pameran lukisan terkenal Leonardo De Vinci Monalisa. Galleri lukisan Monalisa ini memang sesak dan terdapat sebuah tali sekitar 10 m dari lukisan tersebut nyang memisahkan ratusan peminat Monalisa dari lukisan tersebut. Disini kamera dilarang sama sekali memandangkan flash dari kamera boleh melunturkan cat yang digunakan untuk potret Monalisa yang terkemuka ini.
Berlatarbelakan Musee de Lurve. The Louvre Museum presents collections of western art from the Middle Ages to 1850, and the antique civilisations that have preceded and influenced this art.
Geng ber-4 kami akan terputus memandangkan 2 daripada gadis Quangdong ini ingin meneruskan lawatan ke wing utara muzium Lurve. Mereka akan menaiki keretapi bawah tanah METRO trus ke Eiffel Tower memandangkan hanya ada 2.5 jam saja lagi menuju jam 7 mlm (matahari terbenam jam 9.30 pm pada musim panas!). Saya dan Carol membuat keputusan untuk berjalan ke Eiffel Tower dengan peta ditangan sambil membeli belah di merata rata tempat disepanjang perjalanan ke tower. Beberapa kali kami tersesat jalan ... dengan bahasa french yang serba tidak saya bertanya kan arah kepada sebuah pasangan berbangsa peranchis ini ... palle vous comprapa francais, angley silvous plait (betul tak betual tak pasti la pulak .. tapi lebih kurang la tuh) yang bermaksud ... saya tidak pandai berbahasa french, cuma english sahaja tolong .. sambil menunjuk diatas peta yang kami nak ke Eiffel Tower dengan berjalan kaki .. dengan sopannya pasangan tersebut menjawab slang peranchis ... wok straight noh .. torn (turn) left (jalan lurus dan belok ke kiri) .. dengan menunduk kepala kami serentak bercakap .. merci merci, merci beaucoup monsieur/madam (ini kitarang jawab perfect la .. maknaya TQ!). Kami pun berjalan ke arah yang ditunjuk tadi ... lebih kurang 50 meter .. terdengar jeritan dari arah belakang kami !!!! .... ton left torn left ... kami pun menoleh blakang ke arah jeritan itu ... RUPA RUPANYA PASANGAN TERSEBUT MENGINTAI UNTUK MEMASTIKAN KAMI MEMBELOK KE KIRI KE ARAH JALAN YANG BETUL ... apa tidak dengan jeritan yang terlolong tadi ... KAMI MEMBELOK KE KANAN LA PULAK WAKTU TU .. patutpun kena jerit! Walaubagaimanapun jeritan itu satu hospitality atau keperihatinan pasangan peranchis itu kepada kami! ... MERCI BEUACOUP, GBU.
Kepenatan memang dirasai seharian melawat tempat tempat menarik di Paris sejurus sahaja kami tiba di Eiffel Tower.
Saya dan Eiffel, akhirnya tiba di sini untuk berpiknik.
Saya dan Carol suda tidak berdaya untuk berbaris menaiki Eiffel Tower yang tersergam indah dan kukuh dari jarak dekat didepan mata kami. Sambil duduk menunggu ahli ahli dari ketiga tiga bas muncul, kami berdua cuma terdaya tersenyum mengingati pengalaman seharian di badar metropolitan Paris yang romantis ini. Sejurusnya tepat jam 7 kami menikmati hidangan yang telahpun disediakan oleh tukang masak. Kami seterusnya balik ke khemah kepenatan, mandi dan tidur. Sebahagian sempat ke pub untuk menghilangkan dahaga dengan minuman berkibonate. Aktiviti untuk kesiokan hari adalah perkhemahan ke French Riveira melawat Nice, Cannes, St. Tropez dan seterusnya ke negara kedua kecil dunia - Monaco! Jumpa di sana!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home