Tuesday, February 07, 2006

Amazing Lauterbrunnen, Switzerland

Perjalanan ke Luaterbrunnen di Switzerland melintasi sempadan dari Italian Riviera di Italy mengambil masa beberapa jam. Perjalanan memang menyeronokan melalui terowong2 jalanraya yang tertopografikan bukit bukau yang tidak dicemari dengan pembangunan jaringan jalanraya. Pemandangan yang berbackgroundkan bukit bukau dengan tasik tasik memang sinonim dengan bentuk muka bumi Switzerland yang bertasik antara bukit.

Setibanya kami di perkampungan Lauterbrunnen, kami seterusnya mendirikan khemah. Diberi pilihan sama ada hendak menaiki pergunungan Jungfraujoch melalui keretapi hingga ke puncak ataupun mendaki sampai ke Murren dan seterusnya perjalanan melalui keretapi dr sana. Saya memilih menaiki keretapi hingga ke puncak!!! Memang sengsara mendaki walaupun jalannya elok .. tetapi pengalaman mendaki sebahagian kecil Black Forest yg juga merupakan sebahagian drpd Banjaran Alps di Germany mengingatkan saya keperitan pendakian banjaran alps di musim salji turun dan keadaan suhu yg sejuk giler.

Acara di sebelah petang adalah bebas, kebykkan kami menghabiskan masa berjalan sekitar perkampungan tersebut. Kawasan perkampungan ini memang dikira mewah memandangkan sektor pelancongan merupaka pendapatan utama penduduk di sini. Setengah drpd penduduk sini mengusahakan kedai kedai handicraft dan retail menjual baju baju T bercorakan bendera mahupun jenama SWISS POLO, jam SWATCH dan pisau serba guna Swiss. Pisau pisau serba guba SWISS boleh dicustomise mengikut kehendak pembeli dgn ukiran nama dan msg2 for loved ones. Sempat juga melawat beberapa sebuah waterfall yang menarik di hujung perkampungan di sini.

Tapak perkhemahan memang besar boleh memuatkan beberapa ratus penghuni. Sekitar 200 campers pd waktu tu. Ada sebahagian campers terdiri drpd askar askar america dan negara eropah yg lain. Riuh rendah sekali terutama sekali kawasan tandas yg mmg tidak mencukupi. Dah tuh askar askar ni bukan jak ganas malah ganas menghisap weed yang dimasukkan ke dalam rokok. 3-4 orang isap memang penuh kawasan tandas dengan asap asap berbauan weed. I tak join tau !!

Perjalanan ke puncak Jungfraujoch dgn keretapi mengambil masa sejam. Keretapi ni melintasi beberapa perkampungan yg terletak di pertengahan gunung yang mana kedai kedai menjual makanan laju (fastfood), peralatan ski, handicraft dan hostel hostel kecil. Kami singgah disini sebentar untuk membolehkan mereka yang mendaki tadi naik ke atas train/trem (watever la nama train tuh). Kemudian train tu singgah beberapa perhentian lagi ubtuk membolehkan tourist memgambil gambar perkampungan Lauterbrunnen dr atas diiringi dengan penjelasan tentang sejarah, ketinggian dr atas laut dsb sebelum tiba ke puncak. Setibanya di puncak ratusan tourist suda sedia menunggu train untuk turun ke bawah. Pada tahap ketinggian ini memang tidak dijanka Jungfraujoch merupakan pusat peranginan terunggul di Switzerland. Perhentian keretapi ini dilengkapi dengan sebuah shopping mall (setengah besar), post office siap dengan cop Jungfraujoch, restoran restoran, kedai perlatan ski dan handicraft dsb. Sesetengah tourist trus ke post office semata mata mengecop stamper ke dlm passport masing2. Sajalah tu nak tunjuk kat teman2 yg diorang dah naik pusat peranginan tertinggi di Europe. I tgk jak .. malas ler nak ikut ikut.

Di kiri kanan singboard2 ke pusat aktiviti perlancongan seperti ke menara, istana ice, dog-sledge, human-sledge pun ada (sledge = gelungsur), hiking (ini kena ikut keadaan cuaca, kot hilang sepa juga yg susah kan?). Okay, mula mula sekali saya dgn geng geng pegi ko istana ice tu .. kena lalui terowong terowong bertangga yg mempunyai side bars kerana keaddan jalan agak licin sedikit. Setibanya di pintu istana ianya seakan akan sebuah museum siap dgn segala sculpture binatang dan burung, sebar pelantar bar, tpt duduk dan sebagainya. Istana tidak mudah cair, kira all year round la kerana suhu tatapz maintain sejuk maka tak cair la kan. Pusing punya pusing abisla tour dia. Terus kita kita pelantar terbuka kat atas la pulak, kena masuk lebi kurang 10 org sekali abis pelantar menara tu agak sempit, preep preep bunyi camera kitarang pegi la pulak ke pelantar terbuka tpt dog sledge, ini kena bayar ada tempat duduk dan ditarik dengan 12-14 ekor anjing. I tak ikut, abis takut prussssss ke lembah pergunungan Lauterbrunnen la pulak ... sledge sendiri2 pun tak ikut takut trus ke hell. so preep preep ambil gambar jak.

briefly ttg pusat peranginan ini dr pandangan blur2 saya. Kena pakai spek itam kat atas kerana pancaran cahaya matahari ke atas salji/ice boleh memudaratkan mata. Ada signboard suru bawa spek itam serta risalah2 reminding tourist bawa spek itam. Kena pakai sun blok juga sekiranya nak pakai baju lengan pendek (yg mana impossible la juga). pusat peranginan ini sebenarnya terletak ditengah2 lembah yg mana dilitupi dengan salji dan ice yang mmg sukar cair (kecuali suhu dunia/global warming meloncak naik). penggunaan teknologi mmg I salute tahap dewa dewa. terowong twerowong bawa tanah dalam gunung tu mmg mengkagumkan serta tahap servis mmg tinggi. kebanyakan tourist rata rata dari jipun. papan papan tanda 3 bhs - jipun, french and english.

Perjalanan turun cam besa jak ... kena berkhemah mlm ni lagi. Oleh kerana cuaca agak sejuk bawah 10 degree C kami pun membuat campfire untuk memanaskan badan. Sempat ke pub minum2 sama bil menunggu untuk tidur untuk perjalan seterusnya.

Lauterbrunnen is best visited between the month of June to September. Pada bulan ini keadaan masih sejuk terutama sekali perjalanan keretapi ke Jungfraujoch yang merupakan pusat peranginan tertinggi di Eropah yang juga merupakan sebahagian daripada Banjaran Alps.

Kelihatan pergunungan Jungfraujoch dari jauh, nampak menggerunkan juga.

Berlatarbelakangkan perkampungan Lauterbrunnen, tapi tak la byk rumah yg dalam gambar ni.

Lagi di perkampungan Lauterbrunnen.

Di pelantar terbuka menikmati angin sejuk.

Bersama teman teman dari Korea.

Perjalanan melalui terowong bertangga ke Istana Ice

Antara sculpture yang terdapat di Istana Ice.

Di kawasan terbuka di mana aktiviti aktiviti seperti dog-sledge dan hiking diadakan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home