Lost in Paris
Lawatan ke France pada kali ini merupakan lawatan yang ketiga. Cuma pada kali ini lawatan ini merupakan sebahagian daripada lawatan camping trip ke benua Eropah. Perjalanan melalui ke Paris pada kali ini melalui pelabuhan Dover di selatan England yang akan menaiki ferry ke pelabuhan Calais di France dan seterusnya ke bandaraya romantik Paris melalui coach (bas pelancong).
Oleh kerana Paris merupakan destinasi pertama lawatan ini, setibanya kami di tapak perkhemahan kami diberi briefing tentang pemasangan khemah. Setiap khemah akan diduduki 2 org. Kami dibekalkan dengan tilam angin yang dipam melalui enjin bas. Camping trip ini dianjurkan oleh sebuah agensi pelancongan berpusat di London. Untuk trip kali ini sebanyak 120 orang campers dimana 3 buah bas pelancongan digunakan. Bas bas ini akan membawa kami secara konvoi yang akan melawati 8 buah negara selama 19 hari yang akan datang. Selain drebar bas, setiap bas mempunyai seorang tukang masak dan seorang tourist guide. Kesemua drebar bas, tukang masak dan pemandu pelancong ini berasal dari Australia. Manakala 120 campers ini merangkumi pelajar pelajar university di serata UK yang datangnya dr pelusuk dunia.
Setiap bas mempunyai lagu thema sendiri yang dipilih serta diundi oleh ahli ahli yang duduk dalam bas tersebut. Lagu tema untuk bas kami adalah lagu nyanyian Blink 182 All The Small Things sebuah band dari Australia. Lagu tema ini akan diputarkan dan dinyanyikan oleh semua ahli setiap kali bas ini memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi dan setiap kali bas ini mengadakan toilet break. Setiap bas juga mempunyai undang undang kecilnya yang tersendiri. Sesiapa yang tersangat lambat memasuki bas setiap kali bas mengadakan toilet break akan disuruh ke depan dan menyanyikan sebuah lagu dari negara asal ahli. Sekiranya anda seorang pemalu maka anda sentiasa menepati masa! Setiap bas akan mengambil giliran mengetuai bas konvoi secara bergilir gilir. Pada waktu bas yang dibelakang mengambil giliran memintas ke depan setiap ahli dalam bas tersebut akan melakukan adegan adegan yang melucukan kepada ahli ahli bas yang akan dipintas dan seterusnya kepada ahli ahli bas yang dipintas akan melakukan adegan adegan yang melucukan untuk tatapan ahli ahli dari bas yang lain.
Selepas khemah didirikan di tapak perkhemahan yang terletak di pinggir bandaraya Paris, kami dibawa melihat keindahan Paris pada waktu malam. Pertama sekali kami dibawa melihat mercutanda terkenal Eiffel Tower yang berkelip kelip setiap 5 saat, kami dibenarkan keluar dari bas untuk menangkap gambar, kemudian di terowong dimana Princess Diana menemui ajalnya bila dikejar paparazzi, gelanggang Roland Garros, hotel Ritz Carlton, serta hotel hotel mewah yang pernah didiami oleh celebrity celebrity terkenal antarabangsa. Selama 2 jam mengelilingi dan menikmati keindahan malam di Paris kami balik ke khemah untuk makan malam. Aktiviti seterusnya adalah ke pub yang terdapat dlm kawasan perkhemahan tersebut.
In 1889, when the Tour Eiffel was completed, it was the tallest building in the world at 300m. The Tour Eiffel was originally built as a temporary structure to commemorate the centenary of the Revolution.And since, the Eiffel Tower has become an enduring symbol of the city of Paris.The most famous monument in the world (324 metres, 10 100 tonnes)the Eiffel Tower was built by Gustave Eiffel in 1889 for the World Exhibition, where it was the star attraction.
Aktiviti keesokan harinya adalah bebas. Kami dilepaskan di tengah tengah bandar Paris untuk aktiviti membeli belah dan sightseeing sendiri. Geng saya pada kali ini terdiri daripada seorang female dari mesia, beberapa budak china dr shanghai (3 org kesemuanya female), seorang dari nigeria (m), 2 org dr colombia (m and f), a spanish girl, dan a costa rican girl. Pertama sekali kami melawat Cathedrale de Notre Dame yang mana sebuah gereja yang mana dibina beratus tahun yang lalu dengan architecture senibinanya yang mengkagumkan. Barisan memasuki bangunan tersebut terlalu panjang maka kami tidak berniat untuk berbaris.
The major french religious building, masterpiece of gothic architecture, Notre-Dame is now viewed as one of the key defining examples of the style which was to become known as Ile-de-France Gothic.After having climbed 387 steps, superb view over the spire, the flying butteresses, the City and Paris. Discovery of the famous great bell "Emmanuel" located in the South Tower (13 tonnes).And in front of the cathedral, is a very well-displayed and interesting museum, the crypte archeologique, in which are revealed the remains of the church which predated the cathedral, as well as streets and houses of the Cite dating as far back as the Roman era.
Selesai menangkap gambar kami trus melakukan aktiviti membeli belah. Setiap kedai kami masuki .. pada masa ini ternampak sebuah kedai planet hollywood yang terletak 5 blok kedai dihadapan. Tanpa berlengah masasaya bergegas ke arah kedai ini memandangkan kesemua teman teman yang lain sedang sibuk membeli di kedai sebelumnya. Pada ketika ini saya beranggapan bahawa saya mempunyai cukup masa untuk membeli sebuah baju T sementara teman teman akan terus berjalan dan melimpasi kedai planet hollywood yang arahnya memang ke hadapan.
Kebanyakan baju T di kedai ini semuanya bersaiz besar. Maka saya meminta untuk dicari baju T bersaiz S. Jurujual tersebut pun bergegas ke store dan memberi baju bersaiz T kepada saya. Dengan puas hati saya pun terus membelinya. Sejurusnya saya bergegas keluar dengan harapan akan menemui teman teman yang lain .. pada ketika ini hujan turun ... kesemua pelancong mengambil kesempatan berteduh di luar kedai dari terkena hujan. 3 minit kemudian hujan berhenti dan pancaran sinaran matahari muncul semula. Paris merupakan sebuah bandar aneh .. sekelip mata hujan dan seterusnya sinar matahari muncul semula ... Pada ketika ini saya mula merasa cemas ... maka saya terus berjalan ke hadapan dengan langkah yang lebih besar dan laju .. menoleh ke kanan dan kiri dengan ribuan manusia yang berjalan jalan. Apatah lagi ribuan manusia disini terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa. Tanpa putus asa saya terus berjalan dan mencari .. setibanya di hujung jalan teman teman masih tidak kelihatan. Saya berjalan ke arah kedai kedai yang terakhir saya meninggalkan mereka sebelum memasuki kedai planet hollywood .. namun tiada seorang masih berada di sini. Seterusnya saya kembali semula ke arah gereja Notre Dame dengan andaian mereka mungkin kembali disini untuk menangkap semula gambar ... masih gagal menemui mereka di walaupun 2 pusingan saya berjalan sambil berlari anak melintasi rubuan manusia disetiap penjuru jalan.
Saya kembali semula ke arah bangunan deretan kedai kedai gedung pakaian di seberang jalan. Pada ketika ini sia beranggapan ada kemungkinan kesua teman teman saya mungkin membeli belah di gedung gedung pakaian di seberang jalan. Namun saya masih gagal menemui mereka ..... Dengan gantung berdebar debar saya terus berjalan/berlari anak tanpa putus asa berulang alik disekitar deretan kedai kedai ini .. namun hasilnya mereka masih tidak kelihatan langsung.
Pada ketika ini sia berjumpa 3 pelancong dari China kesemuanya mereka dari Guangdong, selatan China yang juga sebahagian daripada kumpulan lawatan berkhemah kami tapi dari bas yang berlainan. Maka saya merapati mereka dan bertanya sekiranya mereka ada melihat teman teman saya disekitar kawasan tersebut. No .. we didnt see them. Dengan nada suara lembut saya bertanya kepada mereka ... Can I join your group? I dunno the way to Eiffel Tower!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home