Wednesday, February 08, 2006

Trekking in Long Pa Sia - The Pacat World

If you ever been to Long Pasia, consider yourself lucky enough to go to one of the most remote places in Sabah. Perjalanan ke Long Pasia mengambil masa lebi kurang 3-4 jam dr pekan Sipitang yang jauhnya lebih kurang 123 km. Masa perjalanan boleh menjangkau 6-7 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan banjir yg anytime boleh menutupi jambatan. Jarak ini bersamaaan dengan perjalanan dr KK ke pekan Sipitang yg sejauh 120 km memakan masa 2 jam (kalu drive laju la .. say maintain 80-90 km/hour). Keadaan jalanraya mmg tahap gravel kalu 'buhus' inda steadi tatapz sakit, jan cakap sakit belakang dan yg sewaktu dengannya.

Perkampungan Long Pa Sia dan Long Mio yg indak sampai 300 penghuni ini bersuhu sederhana less than 25 degree C pd waktu mlm. Logikla coz perkampungan ini dekelilingi hutan simpan malar hijau di setiap penjuru. Kami akan menentap di sini selama 4 hari 3 mlm di rumah2 kg bersama keluarga melalui program homestay. Ketibaan kami disambut meriah diiringi paluan gong dan persembahan tarian lundayeh penduduk kg. Seterusnya kami dihidang dgn mkn mlm .. kesemuanya dish bertemakan daging rusa .. sup rusa, rusa masak kicap, sayur berdagingkan rusa, serta nasi.

Keesokan harinya dan hari hari yg berikutnya saya ditugaskan untuk membuat trekking dalam hutan untuk meninjau kepelbagaian tumbuh2an dan haiwan, serta meninjau kualiti air terjun di sini. Kumpulan lain akan meninjau kualiti sungai dan perkhidmatan boat, kualiti gunung melalui hiking dan meninjau tumbuh2an seperti periuk kera, orkid, temuduga penduduk kg, dll. Kami dibekal makanan ala ala pack lunch dgn telur dan food ration untuk askar untuk perjalanan ke hutan. (Ada pangkalan tentera disini untuk tujuan pemantauan sempadan Sarawak dan Indonesia). Melalui jalan hutan (trails) masa perjalanan adalah 45 minit ko sempadan Sarawak dan kurang 1.5 jam ke sempadan Kalimantan (ini masa perjalanan untuk org kg, city dwellers cam saya ... darab 3 atau 4).

Hiking/Trekking mmg satu kesengsaraan untuk saya berdasarkan pengalaman hiking di Taman Negara di Pahang mahupun Taman Negara Bako di Sarawak. Hiking di musim sejuk lebih mengsengsarakan seperti yg saya pernah lalui di Black Forest di Germany. Namun pendakian Gunung Kinabalu yg kedua kali (pertama kali successful uu !!)tetap tinggal seribu satu kenangan dimana saya tumpas tanpa sampai ke puncak (cramp kaki bah saya ... :(

Trekking di hutan Agathis di Long Pa Sia yg penuh pacat dan nyamuk merupakan satu pengalaman yang menjijikkan. 3 teman yg lain bersarungkan stokin besa siap dispray dengan ridsect tidak memberi kesan apa apa. Kami meneruskan perjalanan selama 6 jam dengan membuat 4 short breaks sahaja. Sekiranya berehat terlalu lama kebarangkalian dihinggapi pacat adalah tinggi. Besanya, org yang paling depan sekali mempunyai kebarangkalian paling rendah dihinggapi lalat (lalat la pulak ... pacatttttt) kerana pada masa ini pacat yg sedang berehat ini baru sahaja terganggu domainnya. Orang kedua dan ketiga yg melintasi laluan trail tersebut sebaliknya mangsa utama untuk para pacat melompat ke arah mereka. Op kos la kawasan kaki kena hinggap coz da pacat kan di atas lantai hutan. Jadi, setiap kali saya ketinggalan di belakang berlari la saya memintas teman teman di depan untuk ke depan dan menjadi leader of the trail (cam bunyi lords of the ring la pulak, kekekkek).

Trekking yg dibuat merupakan satu loop (satu pusingan) tanpa melalui jalan balik semula ke tempat asal. Biasanya trekking melalui loop adalah lebih selamat terutamanya di kawasan hutan yang jarang diterokai manusia kerana bukan sahaja jalan trail yg dilalui tadi itu penuh dgn pacat tetapi juga dengan haiwan2 berbisa yang lain (simply because their domain has been disturbed and it is a payback time for these organisms to attack).

Pandangan mata seorang pengembara sentiasa terkagum dan ternganga tentang kehidupan penduduk2 di sini. Sumber hutan merupakan makanan utama seiring dengan keperluan hutan dimana penduduk2 cukup memelihara tumbuh2an serta binatang2 yg terdpt di persekitaran mereka. Saban hari penduduk disini berbekalkan makanan berjalan ke dusun2 mereka sejauh 5-6 kilometre menanam dan mengutip hasil pertainian seperti lada merah, kubis dsb. Ikan diperolehi dr sungai, sumber daging terutama rusa dr hutan belantara, sayur2 seperti lombiding, pakis dan bamboo shoot dr kawasan pinggir hutan yg berdekatan dengan kg. Kemudahan solar untuk menjana elektrik besanya pada waktu mlm shj, sebuah padang bola, 2 buah kedai dan sebilik perpustakaan merupakan kelengkapan serba ada di perkampungan ini. Wang mahupun segala bentuk kemewahan sukar dicari di sini mahupun dilihat dengan selua mata memandang. Berat lagi mata melihat lihat berat lah pulak bahu memikul bebanan yang dilalui penduduk2 di sini. Walaupun bebanan tetap diharungi oleh mereka namun hospitality yg diberi kepada pelawat2 seperti kami tetap di tahap sultan sultan melayu dahulu kala.

Saya dan beberapa teman2 serta 2 orang consultant wanita tetap meneruskan hiking untuk hari kedua ke arah mencari air terjun2 di kawasan sini. Perjalanan agak rilek sedikit pada kali ini kerana kehadiran 2 teman wanita yang puratanya berteriak setiap 15 minit setiap kali pacat hinggap ke kaki mereka. Walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam seperti hari semalam namun jarak perjalanan sebenarnya jauh lebih singkat. Lebih kurang 20+ kali berhenti saja untuk memberi peluang 2 teman wanita team ini membuka-memeriksa-menyapu ridsect dan insect reppellant-memeriksa-dan-memasang semula kasut mereka. Akhirnya tiba ke air terjun kami berehat sambil menjama hidangan tgh hari sambil bergambar sambil tergelak gelak ketawa teringat telatah masing2.

Masa mlm merupakan masa yg tidak ditunggu tunggu, pada masa ini lah perbincangan akan dilakukan untuk menceritakan pengalaman masing2 yg telah dilalui sepjg hari untuk tatapan semua consultant. Nilaian tentang tempat tersebut dan keunikannya dari segi pembangunan sektor pelancongan akan dibuat dan segala rekomendasi akan disampaikan kepada pihak2 kerajaan untuk digunapakai dlm pembentukaan sesuatu projek pembangunan mahupun polisi perlancongan yg merangkumi bukan sahaja untuk kawasan ini malahan untuk keseluruhan kawasan di negeri ini.

Perkampungan Long Pa Sia yang diambil di pintu utama masuk ke kampung ini.

Persembahan tarian menyambut kedatangan pelawat ke Long Pa Sia.

Trekking di dalam hutan.

Trekking melalui tanah lumpur dipinggir hutan.

Sungai kecil seperti ini perlu dilalui untuk meneruskan perjalan ke arah hutan dalam pencarian air terjun di kawasan ini.

Antara okid hutan yang ditemui di sini.

Penduduk kg, tour guide kami sedang menunjukkan bunga kantan (sumber hutan) yg dikutip untuk dibawah balik ke rumah.

Teman teman consultant kepenatan kot.

3 Comments:

At 4:51 PM, Blogger josie said...

nice story:D ko teda toriak meh waktu ada pacat???

 
At 5:35 PM, Blogger jasonjay said...

do u think i will tell u in my blog? kekekekkekeke

 
At 1:27 PM, Blogger josie said...

hmmmm....tat says everything...wakakakkaka..hey tell us more abt yr trekking..travelling bah...siuk baca

 

Post a Comment

<< Home